Home Forums Forum Masalah Umum beberapa kemusykilan

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #100240417

    Assalamualaikum WBT,
    Habibana yang dimuliakan. Semoga di dalam kesihatan dan kebahagian selalu. Saya ada beberapa pertanyaan tetapi jika menyusahkan habib, saya pohon pihak admin supaya mengabaikan sahaja email ini dan tidak perlu siarkan, kerana saya amat mengerti keadaan kesihatan dan kesibukan habib.

    1. Saya ingin bertanya apa pendapat habib tentang hukum menyertai kelas yoga, aerobic atau berdansa untuk tujuan kesihatan dan mengurangkan stress, apakah baik atau tidak sebagai muslimat? Tentu sekali kami tidak bercampur dengan lelaki, dan tempatnya tertutup, tetapi pakainnya agak sendat dan muziknya itu melalaikan. Saya bimbang sekali jika ianya manghampiri haram atau sia-sia di dalam agama, walaupun tujuan asalnya baik.

    2. Di dalam majlis hol Sultanul Aulia Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, saya mendengar cerita tentang Syeikh yang sanggup berkata benar kepada perompak tentang duit di dalam sakunya. Di dalam pemikiran saya, Islam juga membenarkan ‘tipu sunat’. Soalnya bagaimana habib, benarkah kita perlu setiap masa berkata jujur untuk menjadi orang khawas? maaf bib, sememangnya saya ini orang awam yang baru belajar adab.

    3. Habib yang dimuliakan, satu lagi soalan dari fakir miskin ini, mengapa di dalam qasidah ‘qod kafaani’, Imam Abdullah al-Haddad seperti merintih dan liriknya itu seperti orang yang berdukacita, sedangkan di dalam Al-Quran, Allah mengatakan bahawa waliyullah itu tidak berdukacita dan bersedih hati. Apakah yang disedihkan oleh Imam sedangkan beliau itu makamnya sudah sampai kepada Allah? Saya sudah bertanyakan ini pada beberapa orang, tetapi jawapannya masih belum memuaskan hati saya. Mohon penjelasan habib.

    Terima kasih kepada habib dan warga kerja MR, semoga berjaya selalu, amin ya robbal alamin.

    #100240455
    Munzir Almusawa
    Participant

    Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

    Rahmat dan kelembutan Allah swt semoga selalu menerbitkan kebahagiaan pd hari hari anda,

    saudariku yg kumuliakan,
    1. mengenai yoga itu tak apa jika tak membuka aurat, dan aurat wanita dengan wanita adalah antara pusar dan lututnya, jika tak terbuka pada bagian tu maka tak apa.

    2. saat itu syaikh Abdulqadir masih kecil, ia tak tahu mesti berdusta tuk selamatkan harta pemberian ibunya itu, ia tak tahu bahwa dusta itu boleh jika untuk menyelamatkan diri.

    namun memang yg afdhal adalah tak berdusta, sebagaimana Abubakar shiddiq ra yg tak pernah dusta, demikian pula Rasul saw.

    3. Imam Haddad bukan bersedih dengan Qasidah tu, tapi manja, rindu dan sangat cinta pada Allah, maka syair syairnya macam sedih dan putus asa, itu bukan putus asa, tapi Manja kepada Allah swt, bagaikan manja anak kecil pada ibunya, merengek dan menangis padahal ia tak apa apa, cuma ingin dipeluk oleh sang ibu.

    demikian Imam Haddad kepada Allah swt.

    Demikian saudariku yg kumuliakan, semoga sukses dg segala cita cita, semoga dalam kebahagiaan selalu,

    Wallahu a\’lam

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • The forum ‘Forum Masalah Umum’ is closed to new topics and replies.