Home Forums Forum Masalah Umum cinta ini

Viewing 4 posts - 1 through 4 (of 4 total)
  • Author
    Posts
  • #87133858
    nurhuda
    Member

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

    Tuan Habaib yg dimuliakan Allah…

    Saya mendoakan agar Tuan Habaib dan keluarga sentiasa berada dalam kebahagiaan,keberkatan dan pemeliharaan Allah…amin

    Tuan Habaib,

    Saya merupakan seorang gadis remaja yang berusia 19 tahun,bernama Huda. Sebelum ini, saya mempunyai seorang kekasih yang lebih muda dari saya, iaitu berumur 17 tahun. Saya telah mengenalinya lebih 5 tahun,dan telah bercinta dengannya selama 2 tahun. Tetapi baru-baru ini, saya telah memutuskan hubungan kami kerana merasakan hubungan ini membuatkan hati saya lalai dan leka dari lebih mengingati Allah. Dia jarang mengajar saya untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Hanya menyatakan bahawa dia rindu,sayang dan sebagainya tapi jarang berpesan kepada kebaikan dan ketaqwaan. Walau bagaimanapun, dia sangat memahami dan menyayangi saya. Saya akui bahawa saya juga menyayangi dirinya. Susah bagi saya membuat keputusan ini.

    Persolannya Ya Habaib,

    1) Adakah tindakan saya ini betul,iaitu dengan memutuskan hubungan kami kerana merasakan semua ini lalai, walaupun dengan melukakan hatinya?

    2) Apa pendapat Tuan Habaib jikalau wanita mengahwini lelaki yang lebih muda daripadanya?adakah elok atau kurang elok?

    Saya amat berharap penjelasan Tuan Habaib akan membawa nur baru dalam hidup saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa Tuan.

    Semoga Tuan Habaib bahagia dan sihat selalu.amin ya Allah

    Terima kasih

    #87133894
    Munzir Almusawa
    Participant

    Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

    Anugerah dan Cahaya Rahmat Nya semoga selalu menerangi hari hari anda,

    Saudariku yg kumuliakan,
    1. sungguh perbuatan saudari tidak salah, karena saudari lebih memilih cinta pada Allah dan tak mau menjadi jauh daripada Allah swt, namun saran saya apakah tak sebaiknya menikah dengannya?

    2. mengenai hubungan tersebut tak ada larangan dalam syariah, bahkan Rasul saw menikah dengan wanita yg jauh lebih tua darinya.

    Demikian saudariku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,

    Wallahu a\’lam

    #87133899

    assalamualaikum wbt…

    Tuan Habib yang dimuliakan Allah…

    Mengenai saranan tuan Habib supaya bernikah dengannya, dia masih belajar dan belum mempunyai pekerjaan. Begitu juga dengan saya. Memandangkan perjalanan kami masih jauh,sebab itulah saya mengambil keputusan memutuskan hubungan kami. tambahan pula, saya mempunyai seorang kakak dan abang yang belum berkahwin. Pasti ayah saya keberatan membenarkan saya berkahwin dahulu. Untuk pengetahuan Tuan, saya merupakan seorang anak yatim dan kehilangan ibu tercinta pada bulan 3 tahun ini.

    Terima kasih Tuan Habaib di atas nasihat. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana Tuan sudi meluangkan masa membaca masalah saya ini.

    Semoga hidup Tuan Habaib diberkati Allah selalu.

    wassalam.

    #87133907
    Munzir Almusawa
    Participant

    Hayyakumullah.. semoga Allah menyambut anda dengan segala anugerah Nya swt..

Viewing 4 posts - 1 through 4 (of 4 total)
  • The forum ‘Forum Masalah Umum’ is closed to new topics and replies.