Home Forums Forum Masalah Umum Dambaanku

Viewing 4 posts - 1 through 4 (of 4 total)
  • Author
    Posts
  • #115376288

    [b]BismiLlah wal HamduliLlah,
    ALLAHumma sholli `ala Sayyidina Muhammad wa Alihi wa Shohbihi wasalim.[/b]

    As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh ya Habibana Munzir Almusawa, warga MR dan saudara-saudaraku dimana jua kalian berada. Moga senantiasa dalam Taufiq, Hidayah, `Inayah dan MaghfirahNYA, ALLAH `Azzawajalla. ALLAHumma amiin.

    Ya Habibana,
    Walaupun mimpi ini sudah lama berlalu tetapi ianya masih segar di dalam ingatan hamba yang dhoif ini, terasa baru sahja ianya berlaku.

    Di dalam mimpi tersebut, hamba yang dhoif ini dapat bertemu dan melihat sehingga 2 kali wajah seorang yang sungguh suci, sungguh bercahaya, sungguh tenang, sungguh gagah, sungguh tampan dan sesungguh nya pandangan itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

    Pertama, hamba yang dhoif ini dapat melihat wajah serta mendapat senyuman dari beliau. Kedua, apabila beliau menaiki sesuatu dan sebelum beliau terbang bersama dengan nya, hamba yang dhoif ini sempat melihat wajah beliau, kelihatan kami berada di awangan.

    Setelah sedar dari lena, sungguh hamba yang dhoif ini yakin bahwa beliau itu adalah Kekasih ALLAH dan Kekasih kita, Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam. Masya`ALLAH, tabarakALLAH wal HamduliLlah, segala Puja dan Puji bagiNYA, untukNYA dan kernaNYA…

    Pada hari itu, sungguh bahagia dan tenang rasa nya. Apabila mengenangkan kembali akan mimpi itu, pasti akan tersenyum bahagia pada diri sendiri. Sungguh tiada ternilai rasa nikmat nya. ALLAHu akbar wa lilahil Hamd!

    Juga, apabila hamba yang dhoif ini dapat bermimpi, bertemu dengan Habibana, sering kelihatan dengan berjubah dan ber`imamahkan serba putih. SubhanALLAH, tabarakALLAH, sungguh suci, tenang dan bercahaya nya keadaan mu ya Habibana Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman Almusawa.

    Walaupun jarak memisahkan, namun terasa amat dekat melalui lelaman ini, serta mimpi yang di alami sudah cukup untuk mengubati rindu hamba yang dhoif ini kepada Habibana yang dirindui dan dihormati.

    Seandai nya pertemuan kedua-dua ini, di alam ruh, walaupun tanpa bicara sudah cukup membahagiakan, apalagi seandai nya suatu hari nanti dapat bertemu dalam keadaan yang sebenar-benar nya bertemu. ALLAHu ALLAH, sungguh ku amat mendambakan hari itu. Ya ALLAH ya Rabbi, ku mencurahkan kepadaMU keinginan ku ini walaupun lemah fikiran ku dan sedikit amanlan ku…

    Seandai nya Habibana ada pendapat yang ingin diberikan, tafadhdhol ya Habib, setiap ungkapan dari mu adalah doa bagi kami yang dhoif ini. Sungguh kami amat mendahagakan doa dari mu…

    Akhirul kalam, mohon maaf zahir dan batin kepada antum semua nya terutama kepada Habibana, selama mana hamba yang dhoif ini menumpang teduh di bawah naungan Majlis yang indah dan mubarakah ini.

    Semoga ALLAH `Azzawajalla meredhai, memberkati, merahmati setiap pergerakan dan perjuangan yang suci murni ini yang di ketuai oleh mu ya Habibana Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman Almusawa. Semoga senantiasa berada di dalam BimbinganNYA agar bisa membimbing ummat di akhir zaman ini untuk kembali ke jalan yang diredhaiNYA dan RasulNYA. Semoga ALLAH `Azzawajalla memberikan kemudahan, kesihatan wal `afiah kepada Habibana serta sesiapa sahja yang menyertai mu.

    Amiin ya ALLAH, ya Rabb, ya Rahman, ya Rahim, ya Hayyu, ya Qayyum, ya Dzal Jalali wal Ikram…

    Di atas masa serta perhatian nya ana ucapkan, jazakumuLlahu khairan wa barakALLAHu fikum.
    Was-Salamu `ala manittaba`al huda.

    [b]ALLAHu a`lam bisawab.[/b]

    #115376292
    Munzir Almusawa
    Participant

    tangapan saya, saya mohon doa pada anda..

    agar Allah swt selalu mendekatkan saya selalu dengan Rasulullah saw, amiin..

    #115376320

    [b]BismiLlah wal HamduliLlah,
    ALLAHumma sholli `ala Sayyidina Muhammad wa Alihi wa Shohbihi wasalim.
    [/b]
    As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh ya Habibana Munzir Almusawa, warga MR dan saudara-saudaraku dimana jua kalian berada. Moga senantiasa dalam Taufiq, Hidayah, `Inayah dan MaghfirahNYA, ALLAH Jalla Jalaluh. Amiin ALLAHumma amiin.

    [size=3][b]لا إله إلاَّ الله محمد رسول الله[/b][/size]

    Ya Habibana,
    Hamba yang dhoif serta hina ini tergamam apabila membaca jawaban dari mu ya Habib. Hamba sedar akan siapa diri ini jika dibandingkan dengan mu ya Habib. ALLAHu ALLAH. Semoga disetiap denyutan nadi serta degupan jantung dan hembusan nafas serta kerlipan mata mu ya Habibana Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman Almusawa, senantiasa didalam keredhaanNYA ALLAH Jalla Jalaluh dan RasulNYA ShalALLAHu`alaihiwasalam dengan barakah RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam. Amiin ALLAHumma amiin.

    Ya Habibana,
    Hamba yang jahil ini memohon akan bimbingan dari mu ya Habib akan sebuah hadiths yang amat menyentuh jiwa. Sebuah hadiths yang mana ketika sabdaan RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam akan rindu nya Baginda untuk bertemu dengan kekasih Baginda. Apabila para Sahabat RadiALLAHu`anhum mendengar nya, mereka menyatakan kepada Baginda bahawa mereka adalah kekasih Baginda. Baginda lalu bersabda kepada mereka bahawa mereka adalah Sahabat Baginda dan mereka telah dimuliakan. Sedangkan kekasih yang dimaksudkan oleh Baginda adalah mereka yang beriman kepada Baginda dan tidak pernah melihat Baginda. ALLAHu ALLAH. `Afwan, bagaimanakah bunyi hadiths nya sahih ya Habibana, mohon bimbingan dari mu.

    Ya Habibana,
    Tabligh Akbar Majelis RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dan Majelis Azzikra di Masjid Istiqlal, pada tanggal 22hb Jun 2008, diantara yang turut hadir kelihatan nya adalah Habibana Ahmad `AbduLlah al-Kaff. Gambar nya ada di dalam galery MR atau bisa lihat di pautan [url=http://www.majelisrasulullah.org/images/zoom/QFIHAR/IMGP6510.jpg][b]ini[/b][/url]. Insya`ALLAH, seandai nya Habibana berkesempatan bertemu dengan nya, mohon agar Habibana sudi untuk menyampaikan salam takdhim hamba ini kepada nya. Jika tidak, tidak mengapa ya Habib. Beliau pernah menyampaikan ceramah nya di Singapura pada bulan Mac yang lalu. Sungguh penyampaikan nya amat indah dan berhikmah, bisa tersentuh jiwa para hadirin yang hadir. Masya`ALLAH tabarakALLAH.

    Di atas masa, perhatiaan serta jawaban yang akan dan telah diberikan oleh Habibana selama ini hamba ucapkan, jazakumuLlahu khairan wa barakALLAHu fikum…

    Amiin ya ALLAH, ya Rabb, ya Rahman, ya Rahim, ya Hayyu, ya Qayyum, ya Dzal Jalali wal Ikram…

    [b]Was-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh.
    WALLAHu a`lam bisawab.[/b]

    #115376342
    Munzir Almusawa
    Participant

    alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

    Kasih sayang dan Inayah Nya swt semoga selalu menyejukkan hari hari anda

    saudaraku yg kumuliakan,
    salam rindu tuk anda selalu, mengenai hadits tsb riwayat Imam Qadhin Iyadh dalam kitabnya Assyifa, bahwa Rasul saw berlinang airmata, lalu bersabda : \"Aku merindukan saudara saudaraku\", para sahabat berkata : \"Kami saudara saudaramu wahai Rasulallah..\", maka Rasul saw menjawab : \"Bukan kalian, mereka adalah yg hidup setelah aku wafat, namun mereka beriman padaku, dan mereka ingin sekali melihat wajahku lebih dari berkumpul bersama keluarga dan hartanya\"

    hadits ini juga teriwayatkan semakna pada shahih Muslim

    Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga sukses dg segala cita cita, semoga dalam kebahagiaan selalu,

    Wallahu a\’lam

Viewing 4 posts - 1 through 4 (of 4 total)
  • The forum ‘Forum Masalah Umum’ is closed to new topics and replies.