Home Forums Forum Masalah Umum Hukum Demonstrasi

Viewing 6 posts - 1 through 6 (of 6 total)
  • Author
    Posts
  • #106959319

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh habib munzir yang dicintai. semoga dipermudahkan Allah segala urusan habib.

    1. habib, saya mau tanya. di malaysia kini sejak harga minyak petrol sudah melonjak naik. ramai rakyat yang tidak berpuas hati. oleh itu, mereka berpakat untuk mengadakan demonstrasi (seperti unjuk rasa) beramai2 untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan kerana menaikkan harga minyak petrol. saya ingin tau apakah hukumnya tindakan demonstrasi ini dalam islam?. kerana demonstrasi ini dianjurkan oleh parti pembangkang seperti PAS yang dikatakan berjuang untuk menegakkan syiar islam. bolehkah ini dilakukan dalam islam? kerana saya sudah menghalangya untuk pergi ke demonstrasi itu. kerana saya percaya islam itu lembut. bukan dengan kekerasan.

    2. Saya punya teman yang belajar agama. katanya, islam itu ada kerasnya, tidak semua lembut. beliau berhujah dengan dalil bahawa cara nabi tarbiyah sahabat tidak semua dengan cara lembut. ada satu kisah seorang sahabat memukul hambanya. dan nabi saw nampak kejadian itu lalu nabi tujah pipi sahabat itu ke tanah dan menyuruh hamba itu memijak dengan kuat keatas pipi yang satu lagi. kemudian nabi berkata, aku masih nampak sisa jahiliyah dalam dirinya. saya mau bertanya. benarkan peristiwa ini? kerana dengan alasan ini dia berkata boleh memperjuangkan islam dengan kekerasan.

    3. didalam pilihanraya malaysia, terdapat banyak sekali parti2 politik. kalau di tempat kita mengundi ada 2 orang calon. seroang itu agama islam dan seorang lagi bukan. apakah hukumnya mengundi orang yang bukan islam walaupun dengan tujuan untuk memenangkan parti islam?

    mohoh pencerahan dari habib kerana saya sungguh bingung dengan keadaan politik yang huru hara di negara saya. ada yang mengaku memperjuangkan islam tetapi mempunyai akhlak yang kurang elok. sungguh perkara ini akan memecah belahkan lagi umat islam di negara kami.

    saya mohon habib doakan saya sekeluarga supaya diberi hidayah dan dipelihara oleh allah untuk terus tetap dalam mengamalkan ajaran islam dan isinya. serta doakan kami seluruh umat muslim rakyat malaysia supaya tidak berpecah belah kerana perbezaan fahaman politik. supaya lahir ramai da\’i2 seperti habib untuk membimbing kami disini.

    minta maaf sekiranya soalan2 saya menyusahkan habib. semoga Allah memberikan kasihatan dan panjang usia kepada habib.

    allahu \’alam.

    #106959325
    Munzir Almusawa
    Participant

    alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

    Kebahagiaan dan kesejukan hati semoga selalu menaungi hari hari anda

    saudaraku yg kumuliakan,
    1. demo tidak diajarkan oleh Rasul saw, namun tentunya segala hal yg tak ada dimasa Rasul saw bisa saja dilakukan jika bisa diperkuat dengan dalil dari Alqur\’an dan Alhadits, dan tidak bertentangann dengan syariah.

    namun demo menentang keputusan penguasa adalah hal terlarang dalam syariah, namun walau ada sebagian muslimin yg melakukannya maka mereka siap bertanggungjawab tentunya, dan kita tak perlu memusuhinya.

    2. hadits tidak ada dalam riwayat hadits shahih, maka tak bisa dijadikan landasan hukum

    3. memilih pemimpin non muslim walau demi kemaslahatan muslimin tak dibenarkan dalam syariah.

    semoga Allah swt mengangkat semangat muslimin muslimat agar lebih mencintai sunnah dan Muhammad saw

    Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga sukses dg segala cita cita, semoga dalam kebahagiaan selalu,

    Wallahu a\’lam

    #106959328

    Assalamualaikum habib,

    bolehkah kiranya habib memberikan dalil berkenaan:

    3. memilih pemimpin non muslim walau demi kemaslahatan muslimin tak dibenarkan dalam syariah.

    kerana teman saya ini dia tidak mau mendengar melainkan ada dalil nya.

    maaf jika menyusahkan habib. terima kasih.

    #106959346
    Munzir Almusawa
    Participant

    firman Allah swt : \"Wahai orang orang beriman, jangalah kau memilih orang kafir sebagai pelindung dan penguasa..\" (QS Annisa 144),

    firman Allah swt : \"Beri kabar pada orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yg pedih, mereka yg memilih pemimpin/penguasa dari orang kafir selain orang beriman, apakah mereka mengira dengan itu mereka akan semakin kuat?, sungguh kekuatan adalah milik Allah swt kesemuanya\" (Annisa 139)

    #106959366

    Terima kasih atas jawapannya habib.

    jikalau habib ada pergi ke malaysia atau singapura, saya harap habib dapat memberi jadual kunjungan habib kepada saya. saya ingin sekali bertemu dengan habib untuk bersilaturahmi. habib boleh emailkan kepada saya di gempurharimau@gmail.com

    terima kasih ya habib.

    #106959388
    Munzir Almusawa
    Participant

    alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

    Kebahagiaan dan kesejukan hati semoga selalu menaungi hari hari anda

    saudaraku yg kumuliakan,
    Insya Allah pada 5,6,7 juli 2008 saya acara di S\’pore dan K\’lumpur, kejelasannya Insya Allah saya kabarkan pada anda

    Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga sukses dg segala cita cita, semoga dalam kebahagiaan selalu,

    Wallahu a\’lam

Viewing 6 posts - 1 through 6 (of 6 total)
  • The forum ‘Forum Masalah Umum’ is closed to new topics and replies.