Home › Forums › Forum Masalah Fiqih › I\’tidal, solat taubat & bunuh semut…
- This topic has 1 reply, 2 voices, and was last updated 15 years, 3 months ago by Munzir Almusawa.
-
AuthorPosts
-
June 24, 2009 at 10:06 am #155260134Mohd Firdhaus Bin OmarParticipant
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam kerinduan untuk habib walaupun saya hanya pernah bertemu habib sekali, tetapi terasa rindu untuk menatap dan mendengar ceramah habib secara langsung di Malaysia. Semoga habib sentiasa berada dalam keadaan sihat… amin.
Habib yang saya rindui, terus sahaja dengan soalannya. Harap habib perkenan untuk menjawabnya…
1)Habib, apabila imam I’tidal dengan membaca “Sami’allahu liman hamidah”, apakah makmumnya ketika I’tidal membaca “Sami’allahu liman hamidah” atau membaca “Rabbana walakalhamd”? Kerana seperti di Masjidil Haram, makmumnya disambut dengan bacaan “Rabbana walakalhamd”.
2)Guruku, jika saya sedang solat fardhu atau solat sunat dan di sujud terakhirnya saya rasa bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, bolehkah itu dikira solat taubat? Sebagai contoh, kadang-kadang ketika saya solat tahajjud, saya terasa penuh penyesalan dengan begitu sayu sekali, tetapi bila saya dirikan solat taubat sesudahnya, saya tak mampu nangis seperti solat tahajjud tadi. Bagaimana keadaannya kalau begitu ya habib? Bolehkah solat selain solat taubat itu dikira juga sebagai solat taubat?
3)Bagaimana pula hukumnya jika kita sembur racun serangga pada sekumpulan semut? Adakah ianya berdosa wahai guruku? Saya risau ditimpa dosa kerna membunuh semut yang selalu penuh di atas meja makan atau ditempat yang penuh dengan makanan.
Saya mohon maaf kerana mengambil masa habib untuk menjawab soalan-soalan saya yang jahil ini. Semoga Allah memberi ketenangan, kesihatan, kebahagiaan, kesenangan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat kepada habib dan ahli keluarga habib.
Wassalamu’alaikum…
June 24, 2009 at 7:06 pm #155260141Munzir AlmusawaParticipantAlaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan,
salam rindu untuk anda, terimakasih atas doanya, semoga dalam kasih sayang Allah swt selalu.1. makmum dan imam membaca Sami\’allahu liman hamidah, kemudian membaca : Rabbana Lakalhamd.
2. hal itu bukan shalat taubat kecuali saat tahajjud atau shalat lainnya itu dipadu niatnya dg shalat taubat.
namun taubat pada Allah tidak harus dengan shalat taubat, tangis dan airmata bertobat adalah hakikat taubat kita.
3. mengenai membunuh hewan yg mengganggu manusia diperbolehkan Allah swt, namun jika tidak mengganggu maka makruh bahkan bisa terkena dosa, maka selama semut semut itu mengganggu makanan kita, atau mengganggu kita, maka boleh dibunuh, jika tidak maka baiknya dibiarkan.
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,
Wallahu a\’lam
-
AuthorPosts
- The forum ‘Forum Masalah Fiqih’ is closed to new topics and replies.