December 4, 2020

Kelebihan Zikir Kepada Allah

Home Forums Iseng dalam keluhuran Kelebihan Zikir Kepada Allah

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #73619318
    klulaku
    Participant

    Kelebihan Zikir Kepada Allah

    Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:
    “Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26
    “Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Surah 7: Al A’raf, Ayat 205
    “Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191
    “Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.” Surah 20 Ta Ha Ayat 14
    “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21
    Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari.
    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

    Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka : “Dari mana kamu datang?”
    Malaikat menjawab : “Kami datang dari tempat hamba-hambaMu
    di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil,
    bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”
    Allah s.w.t berfirman : “Apakah yang mereka mohonkan.?”
    Para Malaikat menjawab : “Mereka memohon Syurga dari-Mu.”
    Allah berfirman : “Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”
    Para Malaikat menjawab : “Belum, wahai Tuhan.”
    Allah berfirman : “Bagaimanakah seandainya jika mereka dapat
    melihat Syurga-Ku?”
    Malaikat berkata lagi : “Mereka juga memohon daripada-Mu
    perlindungan.”
    Allah berfirman : “Mereka mohon perlindungan-Ku dari apa?”
    Malaikat menjawab : “Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”
    Allah berfirman : “Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”
    Malaikat menjawab : “Belum.”
    Allah berfirman : “Bagaimanakah seandainya jika mereka
    dapat melihat Neraka-Ku.”
    Malaikat terus berkata : “Mereka juga memohon keampunan-Mu.”
    Allah berfirman : “Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah
    kurniakan kepada mereka apa yang mereka
    mohon dan Aku telah berikan ganjaran
    pahala kepada mereka sebagaimana yang
    mereka mohonkan.”
    Malaikat berkata lagi : “Wahai tuhan kami, di antara mereka
    terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh
    dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat
    untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi
    setelah dia melaluinya dia terasa ingin
    menyertainya lalu duduk bersama-sama
    orang ramai yang berada di majlis itu.”
    Allah berfirman : “Aku juga telah mengampuninya. Mereka
    adalah kaum yang tidak dicelakakan
    dengan majlis yang mereka adakan.”

Viewing 1 post (of 1 total)
  • The forum ‘Iseng dalam keluhuran’ is closed to new topics and replies.

Artikel Terpopuler

Artikel Terbaru