Assalamualaikum wbt Habib Munzir yg dikasihi,
Semoga Habib sentiasa di bawah kesejukan dan kasih sayang Rasulullah saw dan keredhoaan Allah swt,
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas sebarang kesilapan dan kelemahan diri,
Saya ingin bertanya kepada yang mulia Habib,
Saya ada mengamalkan Ratib Al attas dan Ratib Al Haddad. Dan di sebelah rumah saya tinggal keluarga bukan islam. Pada pemerhatian saya, kesan bacaan ratib ada memberi kesan kepada kejiranan di sekeliling rumah saya.
Mohon Habib memberi ijazah ratib al attas dan al haddad kepada seluruh keluarga saya dan anak-anak kerana saya selalu membaca ratib ini bersama-sama mereka.
Mohon diberi nasihat dan pandangan Habib dalam perkara ini.
Mohon ampun maaf jika pertanyaan ini kurang adabnya.
Al Faqir
Wasallam,