Home Forums Forum Masalah Umum Minta Bimbingan dan Bantuan Habib

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #173540210

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

    Salam bahagia dan salam ketenangan untuk Habib yang saya rindui. Semoga Allah sentiasa mengurniakan rahmat dan berkatNya kepada habib sekeluarga beserta ahli-ahli pencinta Rasulullah s.a.w terutama jemaah Majelis Rasulullah. Allahumma amin…

    Habibana, semoga habib sudi penuhi permintaan dan pertanyaan saya di bawah:

    1) Habib, ketika dalam solat berjamaah di dalam waktu Zuhur dan Asar pada rakaat 1 dan 2, apakah makmumnya perlu membaca surah al-Quran yang lain selepas membaca Al-Fatihah?

    2) Habib, saya pernah bertanya kepada habib tentang jika seseorang itu sendawa (keluar angin dari mulut) atau batuk dan menyebabkan sedikit isi perut terkeluar, habib bilang isi itu tadi tidak boleh ditelan. Jadi, adakah isi itu tadi perlu dikemam di dalam mulut hingga habis solat kerana kita tidak boleh meludah di dalam masjid kerana takut mengotorinya? Bagaimana ya habib?

    3) Habib, apakah hukum jika seseorang yang mengidap penyakit asma, tetapi menggunakan alat (sejenis pam) untuk melegakan sesak nafasnya (perlu pam melalui mulut). Adakah terbatal puasanya? Jika tidak mengambilnya, kesihatannya akan lebih mudarat untuk menjalani ibadah puasa. Jika perlu ganti, bilakah waktu yang sesuai kerana setiap hari perlu menggunakannya? Dan jika tidak menggantikan puasa itu, adakah perlu membayar fidyah? Mengikut Syeikh Abd Aziz bin Baz, tidak membatalkan puasa kerana yang disedut adalah gas atau oksigen dengan menggunakan inhaler atau nebulizer untuk tujuan perubatan. Al-Imam Ibnu Taimiah juga membolehkan selama mana tidak membabitkan penggunaan makanan. Imam Ibn Hazm berpendapat bahawa suntikan atau sedutan serbuk juga tidak membatalkan puasa. Tetapi ada juga yang mengatakan ianya membatalkan puasa kerana sama juga seperti menghisap asap rokok yang boleh membatalkan. Bagaimana pendapat habib mengenai hukum ini?

    4) Habib, bolehkah seseorang yang berada di dalam hadas besar membaca al-Quran di dalam hatinya dengan melihat mushaf al-Quran?

    5) Habibana, pernah habib kata bahawa seseorang tidak boleh solat jama’ apabila kita sudah sampai di rumah mak ayah sendiri, benarkan ya habib? Bagaimana pula jika kita bermusafir dan berada di rumah mertua? Adakah sama tidak boleh solat jama’ apabila di rumah mertua?

    6) Habib mengatakan zakat pendapatan/penghasilan merupakan bid’ah dhalalah. Saya sebelum ini memang ada buat potongan gaji untuk buat bayaran zakat pendapatan ini. Bolehkan saya teruskan potongan bulanan gaji saya ini tetapi saya niatkan sedekah, bukan zakat, walaupun yang mengutipnya adalah dari pusat zakat?

    7)Habib, ayah saya sekarang menghidapi sakit kanser. Saya mohon doa habib supaya Allah menyembuhkan penyakitnya dan diberi kesihatan supaya boleh beribadat seperti dahulu. Badan ayah saya sekarang makin lemah hingga kami sekeluarga tidak benarkan dia puasa sekali-sekala kerana risaukan kesihatannya.

    8) Habib ku, Insya-Allah pada 21 Syawal akan datang ini saya akan melangsungkan pernikahan. Saya mohon sekali lagi doa daripada habib semoga Allah memberkati ijab qabul ini, supaya sentiasa berada dalam redha dan lindungan Allah, dikurniakan keluarga yang sakinah serta anak-anak yang benar-benar soleh dan diberi kemudahan serta keringan dalam perjalanan hidup berkeluarga ini. Tidak lupa juga didoakan supaya Allah memurahkan lagi rezeki kami dan dijadikan hamba yang bersyukur.

    9) Ya habibi, saya mohon tunjuk ajar habib amalan2 atau perilaku ketika perjalan akad nikah mengikut sunnah Rasulullah saw. Kemudian habib, adakah solat sunat nikah dilakukan sejurus selepas akad nikah atau di malam harinya sebelum tidur?

    10) Kemudian habib, maaf dengan soalannya. Bila kita perlu membaca doa pelindung dari syaitan ketika hendak bersetubuh? Adakah sebelum mula bercumbu atau sebelum (maaf) melakukan hubungan kelamin? Dan saya minta habib ijazahkan doa pelindung syaitan itu ya habib, semoga keturunan saya terdiri daripada orang2 yg soleh.

    Maaf ya habib kerana soalan yang banyak kerana susah untuk dapatkan kuota ini. Jazakallahu khairan katsiran pada habib kerana sentiasa sudi melayan al faqir yang sentiasa mencari jalan kebenaran mengikut landasan tali Allah. Semoga Allah memberkati habib sekeluarga dan seluruh keturunan habib. Amin.

    Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh….

    #173540229
    Munzir Almusawa
    Participant

    Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

    kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,

    Saudaraku yg kumuliakan,
    1. betul sdrku., makmum membaca surat masing masing/

    2. jika sendawa dan keluar hingga tidak mencapai lidah lalu tertelan maka dimaafkan, jika sudah sampai lidah namun sudah reflek menelannya kembali maka dimaafkan, jika banyak maka sebagaimana muntah, maka keluarlah dari shalat untuk menyucikannya.

    3. fatwa mereka itu tidak diakui sebagai fatwa sdrku, mereka bukan ahli hadits, hanya mengaku ngaku saja, dan Inhaler belum ada dimasa Ibn Taimiyah pula maka darimana fatwa itu muncul?, Inhaler asma membatalkan puasa karena ia bukan udara, tapi ada cairannya, saya punya penyakit asma, maka terbukti ketika disemprotkan ke mulut maka terasa pahit ditenggorokan, itu menandakan ada wujud cairannya dan itu membatalkan puasa.
    wajib meng qadha nya tanpa fidyah.
    jika sudah parah asmanya dan dikatakan oleh banyak tim dokter bahwa asmanya tidak bisa sembuh seumur hidup dan harus menggunakan inhaller selalu, maka ia tidak wajib meng qadhanya jika batal puasa, tapi mengeluarkan fidyah setiap satu hari puasanya 1 mudd beras (12 mudd = 10 liter).

    saya menggunakan inhaller itu saat dekat waktu imsak, dan ia bertahan hingga sore, detik detik sebelum magrib terkadang asma sudah muncul lagi, saya hanya rebah bertahan beberapa waktu utk mencapai magrib baru menggunakannya, namun jika parah maka terpaksa batal puasa.

    mengenai infus adalah mutlak membatalkan puasa, karena masuknya obat ke aljauf (Al Jauf adalah yg diatas alat kelamin dan dibawah leher) aliran obat infus masuk melewati urat syaraf menuju jantung, maka batal puasanya.

    inhaller flu yg dihisap dihidung, tidak membatalkan puasa, karena ia hanya udara yg berbau, tak ada cairannya

    suntikan bius lokal, yg cairannya tidak masuk ke urat syaraf dan tidak mengalir ke jantung,maka tidak membatalkan puasa.

    rokok membatalkan puasa, namun asap rokok dari orang yg merokok tidak membatalkan puasa orang yg tidak menghisapnya, karena tidak disengaja.

    4. jika niat membaa alqur;an maka tidak dibolehkan walau membaca dalam hati, namun jika niat hanya mempelajarinya dan menelaahnya maka dibolehkan

    5. yg dihukumi rumah kita adalah rumah tinggal kita, jika rumah ayah bunda, atau mertua maka terhitung musafir karena kita akan kembali dan pulang kerumah kita., walau tempat tinggal kita mengontrak, kecuali jika kita memang tinggal dirumah ayah bunda atau mertua, maka tidak bisa jamak, maka hukum jamak tidak dibolehkan jika sudah sampai wilyaha temnpat kita tinggal, walau misalnya kita tinggal di cost/kontrakan, maka itulah tempat tinggal kita, walau kita punya rumah misalnya di wilayah lain, maka yg dihukumi tempat tinggal adalah dimana tinggal kita.

    6. boleh sedekah bulanan bahkan harian sdrku, namun jika yg mengelolanya organisasi zakat maka ia akan mengelompokkan harta anda dalam harta zakat, maka sebaiknya jangan berikan padanya, tapi bersedekahlah langsung pd fuqara dari kerabat kita, lalu jika tak ada atau sudah diberi, berikan pada tetangga yg susah, jika sudah diberi dan masih ada sisa atau tak ada tetangga yg miskin, berikan pada fuqara muslimin lainnya

    7. Wahai Allah Tuhan seluruh manusia, sembuhkanlah dan Engkaulah Yang Maha Penyembuh, dan sehatkanlah Engkaulah Yang Maha Memberi kesehatan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dari kehendak Mu, kesembuhan yg tidak membawa akibat buruk dan pedih).
    semoga Allah swt mengangkat penyakit ayahanda dan menggantikannya dg afiah dan kebahagiaan dunia dan akhirat, amiin

    8. semoga Allah swt melimpahkan kemudahan dan kesuksesan atas niat mulia anda sdrku, amin

    9. banyak sdrku, anda dapat melihatnya di buku2 tuntunan pernikahan.

    10. doanya adalah saat akan mulai rebah untuk berjimak, bukan saat berjimaknya. : Allahumma Jannibnassyaitan, wa jannibissyaitan maa razaqtana.

    Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,

    Wallahu a\’lam

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • The forum ‘Forum Masalah Umum’ is closed to new topics and replies.