Home Forums Forum Masalah Umum mohon doa dan bimbingan

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #136263754

    Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,
    Shalawat dan salam semoga dicurah kan Allah kepada baginda Nabi Muhammad saw serta keluarganya, sahabat serta ahlul baitnya. Semoga kita bersama di dalam barisan beliau dan Allah limpahkan kerbekatan dan kesihatan buat Tuan Habib Munzir dan keluarga serta rakan rakan MR sekalian.

    Tuan Habib Yang di kasihi yang pertamanya saya ingin mohon doa daripada habib untuk keselamatan dan kesenangan buat isteri saya yang bakal melahirkan anak saya yang ketiga pada awal januari tahun 2009, moga di kurniakan kepada saya anak yang soleh atau pun solehah serta di beri penuh kesempurnaan rohani dan jasmani.

    Keduanya Alhamdulillah saya serta sahabat pernah bertemu dengan Habib beserta dengan guru yang amat kita kasihi Al Habib Umar hafidz di satu program ziarah pada tahun lepas(2007), di P Pinang (Malaysia), jadi teramat lah kami merindui untuk bertemu kembali disini (Malaysia), jadi amatlah berbesar hati kami jika Tuan Habib dapat memberitahu kami bila agaknya Tuan Habib akan datang lagi kesini.

    Seterusnya saya disini tersangatlah berharap agar dapat bertemu dengan Ahlul Bait Rasulullah, untuk bersemuka secara langsung bagi tujuan menuntut ilmu agama di negeri saya iaitu Perak (Malaysia), Jadi dari situ saya berharap jika Tuan Habib mempunyai sahabat atau maklumat disini, tidak keberatan kiranya memberitahu kepada saya yang mengharap ini.

    Ya Tuan Habib yang amat saya kasihi Mohon maaf kiranya terdapat kesilapan, kegopohan atau kesalahan terkasar bahasa dalam penulisan ini, saya pohon kan seribu kesalan dan kemaafan.
    Sekian Terima Kasih.

    Wassalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    #136263782
    Munzir Almusawa
    Participant

    Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

    Anugerah dan Cahaya Rahmat Nya semoga selalu menerangi hari hari anda,

    Saudaraku yg kumuliakan,
    semoga kelahiran yg dilimpahi keberkahan dan afiah, semoga menjadi keturunan yg menjadi kebanggaan ayah bundanya dunia dan akhirat.

    Alhamdulillah.., Insya Allah kita akan berjumpa dalam beberapa bulan mendatang, dan pada April 2009 Insya Allah ada kunjungan Guru Mulia kita ke Malaysia.

    untuk di wilayah Malaysia banyak teman teman saya alumni Darul Mustafa Yaman, namun anda dapat menghubungi Hb Ali Zainal Abidin Al Hamid di Kualalumpur di : +60122601449.

    Insya Allah beliau adalah tokoh untuk seluruh alumni Darulmustafa yg ada di Malaysia, dan beliau akan tunjukkan mereka yg dekat di wilayah anda.

    Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,

    Wallahu a\’lam

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • The forum ‘Forum Masalah Umum’ is closed to new topics and replies.