mohon keutamaan ayat Lima,Tujuh dan Lima Belas
Home › Forums › Forum Masalah Tauhid › mohon keutamaan ayat Lima,Tujuh dan Lima Belas
- This topic has 1 reply, 2 voices, and was last updated 10 years, 6 months ago by Munzir Almusawa.
-
AuthorPosts
-
July 15, 2010 at 8:07 pm #187387728ArshadMember
Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Cahaya Keindahan Allah semoga selalu menyinari hari-hari Habib dan Jama\’ah majelis Rasulullah saw khususnya.
Habib yang dimuliakan,
1)Saya ada terbaca dalam kitab majmu syarif kamil tentang ayat Lima, ayat Tujuh dan ayat Lima Belas. Mohon tuan Habib menerangkan asal usul ayat-ayat ini dan sanadnya dan apakah keutamaan amalan ayat-ayat ini dan dan bagaimana cara pengamalannya serta mohon izin Ya Habib aga diijazahkan kepada saya untuk mengamalkannya.
Apakah ada sebarang pantang larang semasa mengamalkan ayat-ayat ini?
Ada sesetengah orang mengatakan adanya ujian bagi yang mengamalkan ayat ini seperti akan dipatuk ular dan sebagainya…apakah benar tuan Habib?2) apakah boleh diamalkan isi kandungan kitab Majmu Syarif Kamil?
Maafkan saya atas pelbagai persoalan pada Habib.
Saya hanyalah insan yang dahagakan ilmu dan keberkatan para ulama habaib dan awliya.Doakan saya ya habib.
July 16, 2010 at 4:07 pm #187387730Munzir AlmusawaParticipantAlaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan,
1. ayat lima, ayat lima belas dan lain lain yg tercantum di majmuk syarif adalah paduan dari kemuliaan masing masing ayat yg disabdakan oleh Rasul saw, para ulama menyatukannya dan menjadikannya diberi nama : ayat lima, ayat lima belas, ayat 7, dan banyak lagi, kesemuanya mempunyai manfaat besar dalam keselamatan dari musibah, membuka gerbang rizki dan keberkahan, menenangkan hati dan membuka kebahagiaan dunia dan akhirat.mengenai ijazahnya telah saya ijazahkan pada anda pada pertanyaan yg lalu yg mencakup seluruh doa.
ayat lima dan lainnya yg ada di Majmuk syarif boleh diamalkan dan tidak ada dampak buruknya, kesemua adalah amalan Rasul saw, para sahabat dan para Imam
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,
Wallahu a\’lam
-
AuthorPosts
- The forum ‘Forum Masalah Tauhid’ is closed to new topics and replies.