Home › Forums › Forum Masalah Umum › mohon nasihat dan petunjuk doa\’
- This topic has 3 replies, 2 voices, and was last updated 14 years, 2 months ago by Munzir Almusawa.
-
AuthorPosts
-
July 13, 2010 at 8:07 pm #187259504ArshadMember
Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh .
Semoga ALLAH memelihara Habib Munzir alMunsawa dan keluarga serta seluruh keturunan junjungan mulia Rasulullah SAW
Habib yang dikasihi, izinkan saya bertanya beberapa soalan :1. Bapa mertua saya semasa mengerjakan Haji di Mekah beberapa tahun yang lalu telah bermimpi sembahyang di barisan kedua di belakang Rasulullah dalam Masjidil Haram yang mana Imamnya adalah Rasulullah SAW namun tidak berpeluang berjumpa Rasulullah. Adakah mimpi ini benar dan apakah maksud dari mimpi tersebut.
2. Apakah ada doa\’ untuk cekal dalam belajar (tidak lemah semangat) kerana isteri saya tengah melanjutkan pelajaran di institusi pengajian Tinggi. Mohon ijazahkan doa\’tersebut dan Ratib Alhadad kepada beliau. Beliau pernah terkena sihir dan sehingga ke hari ini belum pasti samaada sihir tersebut telah habis atau sebaliknya sedangkan satu ketika dulu isteri saya merupakan seorang yang kuat semangatnya.
July 15, 2010 at 8:07 am #187259516Munzir AlmusawaParticipantAlaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan,
1. Rasul saw bersabda : Barangsiapa yg melihat aku dalam mimpi sungguh ia telah melihatku, dan tiadalah syaitan menyerupaiku (Shahih Bukhari), maka mimpi itu benar, maknanya adalah beliau insya Allah sudah masuk dalam kelompok orang yg berpanut pada Rasul saw diajaran yg benar, dan akan mendapat syafaat Rasul saw dunia dan akhirat.\’2. saya ijazahkan pada istri anda ratib alhaddad, jika ia mengamalkannya maka luruhlah semua kekuatan sihir yg ada padanya atau yg akan menyerangnya kelak, untuk kekuatan hafalan Rasul saw mengajarkan suatu shalat sunnah yg dinamai Shalat hifidh, mengenai cara dan bacaannya ada di forum tanya jawab ini pada : File Arsip Majelis Rasulullah saw, d judul Shalat hifidh.
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,
Wallahu a\’lam
July 15, 2010 at 8:07 pm #187259524ArshadMemberAssalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh .
Semoga ALLAH memelihara Habib Munzir alMunsawa dan keluarga serta seluruh keturunan junjungan mulia Rasulullah SAW
Habib yang dikasihi,
Isteri saya menerima ijazah Ratib Al-Haddad daripada Tuan Habib Munzir dengan hati yang ikhlas.Mohon Doa Habib untuk kami sekeluarga agar aman dari gangguan jin, sihir dan syaitan.
wassalam.
July 16, 2010 at 4:07 pm #187259529Munzir AlmusawaParticipantHayyakumullah.. semoga Allah menyambut anda dengan segala anugerah Nya swt..
-
AuthorPosts
- The forum ‘Forum Masalah Umum’ is closed to new topics and replies.