November 27, 2020

Naqsyabandi al-Haqqani

Home Forums Forum Masalah Umum Naqsyabandi al-Haqqani

Viewing 4 posts - 1 through 4 (of 4 total)
  • Author
    Posts
  • #91552043
    Munzir Almusawa
    Participant

    Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

    Kesejukan Rahmat Nya dan Keindahan Dzat Nya swt semoga selalu menaungi hari hari anda dg kebahagiaan,

    Saudaraku yg kumuliakan,
    Naqsyabandi Haqqaaniy adalah Tarekat Naqsyabandi yg diperbaharui oleh Haqqaniy,

    syeikh Nazim Adil Haqqaniy adalah salah satu pemuka Tarekat tsb, kelengkapannya anda dapat meng klik nama Nazim-adil di Google maka akan muncul tentang riwayat hidup beliau, ceramah ceramah beliau bahkan gambar video beliau,

    Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga sukses dg segala cita cita, semoga dalam kebahagiaan selalu,

    Wallahu a\’lam

    #91552040
    muhammad
    Participant

    Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

    Semoga Habib skeluarga di beri kesehatan oleh ALLAH agar dapat terus membimbing umat..Amin..

    Bib,maaf kalo ana membuang waktu Habib..ana mau tanya:

    1. apa itu Naqsyabandi al-Haqqani?
    2. siapa kah Sayyid Nazim Adil al-Haqqani?

    doakan ana agar dapat menang melawan hawa nafsu ya Bib..

    Syukron ya Habib..

    Wassalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

    #91552066

    Assalamualaikum…
    Semoga Habib dan keluarga yang saya cintai dalam keadaan dirahmati oleh Allah s.w.t

    Saya mengambil petikan ni dari laman sebuah laman web. Apakah pandangan dan pendapat habib tentang tarekat ini dan mengapa mereka menyesatkan…..mohon pencerahan saya confuse mengapa mereka menyesatkan..???

    Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani

    a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

    b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar

    Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48

    Tarikh Keputusan : 3 April 2000Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

    ——————————————————————————

    DI BAWAH INI PULA ADALAH PETIKAN SATU LAMAN WEB YANG PRO JAKIM DAN MEMBENCI KAUM SUFI.

    Senarai Ciri-ciri Kesesatan Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani :-

    1) Kekuatan wali.

    BERIKUT adalah petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah [ yang mengulas kematian Almarhumah Hanim Hussein ]

    “Terdapat 40 awliya Allah yang tersembunyi di antara Mudzalifah dan Mina. Mereka membantu kepada sesiapa yang dalam kesusahan. 313 berada di Madinah. Di Mekah terletak kerusi kerohanian Yang di Pertuanya (gabenor) di sebelah Hajaratul Aswad. Beliau berada di situ untuk menyaksi siapa yang mencium batu tersebut.

    Yang di Pertua gabenor Mekah itu mengarah wali-wali Allah yang lain membuat apa yang dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah menunaikan haji setiap tahun. Tanpa kehadiran mereka, haji manusia lain tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga harus hadir setiap tahun menunaikan haji. Dan di Jabarul Rahmah di Arafah merupakan tempat Imam Mahdi akan muncul pada masa yang akan datang.

    Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan juga pemurah. Hanim tidak peduli tentang kekayaan, tentang berapa kekayaan yang beliau ada. Beliau sentiasa memberi tanpa mengira. Beliau telah banyak berkorban untuk Allah, Rasul (saw) dan awliya Allah. Sifat beliau adalah jarang didapati pada masa kini. Semasa pengkebumian beliau, terlalu ramai para wali Allah dan malaikat berada menghadiri upacara itu. Sekarang ini beliau berada di satu tempat di mana Allah sentiasa melihatnya.Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan kepada Hjh. Hanim. Ramai akan menyesal asal kesalahan mereka terhadap beliau – samada melalui prasangka atau perbuatan. Ramai akan memerlukan pertolongan beliau di akhirat kelak. Hanim telah pergi sebagai seorang shaheeda.

    Terima Kasih
    Kuala Lumpur

    #91552092
    Munzir Almusawa
    Participant

    Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

    Kesejukan Rahmat Nya dan Keindahan Dzat Nya swt semoga selalu menaungi hari hari anda dg kebahagiaan,

    Saudaraku yg kumuliakan,
    mengenai ucapan orang orang sufi ini terkadang maknanya jauh berbeda dari konteks kalimatnya, mengenai para wali yg mereka maksud adalah orang orang mukmin, karena puncak sangka baik (husnuddhann) seorang muslim pada muslim lainnya adalah menyangka mereka wali Allah.

    mengenai Imam Mahdi, istilah kaum sufi ada juga memaksudkannya bukan Imam Mahdi yg akhir zaman sebagaimana dijelaskan dalam hadits, namun mereka memaksudkan Imam Mahdi disini adalah Imam yg menghantarkan hidayah dg ilmunya, yaitu ulama yg masyhur, memang secara makna bahasa Mahdi bisa diartikan yg menyampaikan petunjuk, yaitu bisa ulama, para Nabi, para Dai dll.

    namun lepas dari pembahasan saya diatas, tetap semestinya mereka tak menabur naburkan ucapan itu dimuka umum karena akan membuat orang salah makna, dan terjebak dalam kesalahan,

    dan juga kita berhati hati pula pada kelompok yg selalu mencari cari kesalahan orang shalih, yaitu wahabi dan kelompoknya,

    maka hendaknya kita berada ditengah tengah, ucapan ucapan mereka itu berbahaya dan kita mesti waspada atas tipuan maknanya, dan juga jangan memvonis mereka sesat sbb mungkin mereka tidak bermaksud demikian, dan jika memang bermaksud sebagaimana ucapan diatas dengan maksud secara konteks kalimatnya, maka smeoga mereka diberi hidayah untuk mendapatkan jalan yg benar.

    Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga sukses dg segala cita cita, semoga dalam kebahagiaan selalu,

    Wallahu a\’lam

Viewing 4 posts - 1 through 4 (of 4 total)
  • The forum ‘Forum Masalah Umum’ is closed to new topics and replies.

Artikel Terpopuler

Artikel Terbaru