Home › Forums › Forum Masalah Fiqih › Persoalan tentang penyusuan 2 tahun penuh
- This topic has 1 reply, 2 voices, and was last updated 15 years, 4 months ago by Munzir Almusawa.
-
AuthorPosts
-
May 27, 2009 at 2:05 pm #151830216Norhafiza binti WahabParticipant
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Semoga Habib sekeluarga dan seluruh para pencinta Rasulullah SAW sentiasa dalam limpahan rahmat dan naungan kasih sayang ILLAHI…aamiiin…..
Habib yang sangat saya kasihi, di sini saya ada beberapa kemusykilan tentang masalah penyusuan susu ibu selama 2 tahun penuh dan sangat besarlah harapan saya agar Habib dapat memberikan jawapan kepada beberapa persoalan saya ini:
1) Adakah maksud “haulaini kaamilaini” sepertimana yang disebut dalam Al-Quran itu iaitu penyusuan sempurna 2 tahun bermaksud menyusukan anak selama 2tahun penuh tanpa memberikan anak kita langsung makan apa-apa makanan tambahan yang lain? Atau maksudnya boleh juga diberikan makanan @ minuman tambahan lain (seperti air masak contohnya) dengan syarat ianya tidak mengenyangkan bayi?
2) Ada teman saya beritahu, di Yaman, sudah menjadi kebiasaan ibu-ibu di sana menyusukan anak mereka selama 2tahun penuh tanpa memberikan apa-apa makanan tambahan yang lain kepada anak mereka. Benarkah begitu ya Habib?
3) Adakah ayat “haulaini kaamilaini” itu juga membawa maksud bahawa penyusuan selepas 2 tahun itu sudah tidak dinamakan penyusuan (di dalam Islam) kerana yang dinyatakan sempurna adalah 2 tahun, jadi kalau selepas 2 tahun? Teman saya yang sama memberitahu kalau ibu-ibu di Yaman, sebaik sahaja anak mereka mencapai umur 2 tahun, mereka langsung akan terus memberhentikan penyusuan susu ibu kepada anak mereka. Benarkah begitu ya Habib?
4) Adakah yang dimaksudkan 2 tahun penuh itu adalah bersamaan dengan 24 bulan mengikut kiraan hijrah? Contoh, anak saya lahir 29 Syawal 1429H, maka adakah dia dikira cukup 2 tahun penuh pada 29 Syawal 1431H?
Untuk pengetahuan Habib, saya adalah ibu kepada seorg bayi lelaki bernama Ahmad yang sekarang ini berusia 7 bulan. Suami saya meminta agar saya menyusui anak kami ini dengan susu ibu sahaja sehingga 2 tahun penuh sekiranya tidak ada apa-apa masalah yang timbul.
Biarpun tidak begitu yakin dengan kemampuan untuk melakukannya kerana pelbagai tanggapan dan sebab negatif dari orang-orang di persekitaran, tetapi saya akan teruskan mencuba sehingga termampu untuk memberikan juga susu ibu sahaja kepada anak saya ini sehingga 2 tahun penuh. Moga jawapan dari Habib bisa memberikan pencerahan buat saya.
Syukran di atas perhatian Habib. Terima kasih….
May 27, 2009 at 3:05 pm #151830227Munzir AlmusawaParticipantAlaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda dg kesejahteraan,
Saudariku yg kumuliakan,
1. yg dimaksud ayat itu adalah bayi itu sebaiknya disusui hingga usianya 2 tahun, sebaiknya tidak diberi makanan lain selain air susu ibunya atau yg menyusukannya, namun tidak ada larangan / keharaman jika diberi makanan lain.
dan seorang bayi menjadi anak susu (anak suson dan muhrim) jika menyusui 5X hingga kenyang dg seorang wanita, maka wanita itu menjadi muhrimnya dan ibu susunya.2. selama 4 tahun saya di Yaman namun saya tidak pernah mendengar hal itu, mungkin di wilayah lainnya yg juga wilayah Yaman,
menyusukan bayi pada selain ibunya adalah hal yg dibolehkan dalam syariah namun tidak menjadi kewajiban.3. secara kesihatan bahwa bayi sebelum 2 tahun baiknya hanya menyusu pada ibunya atau wanita, tidak makan makanan lain kecuali sesekali saja.
dan dalam ayat tersebut yg dimaksud adalah jika sudah diatas dua tahun maka status anak itu tidak menjadi anak suson (muhrim) dan wanita yg menyusuinya pun tidak menjadi ibu susu/ibu suson (muhrim) walau menyusuinya bertahun tahun.
4. betul, yg dimaksud adalah 2 tahun perhitungan hijriyah.
sungguh jika mampu maka susu ibu sangat jauh lebih baik dari susu wanita lainnya untuk anak kita, namun jika tidak mampu atau ada halangan lainnya maka syariah membolehkan disusui oleh wanita lainnya.
semoga saudariku selalu dilimpahi kemuliaan oleh Allah swt
Demikian saudariku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,
Wallahu a\’lam
-
AuthorPosts
- The forum ‘Forum Masalah Fiqih’ is closed to new topics and replies.