Assalamualikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Shalawat dan salam semoga di curahkan Allah kepada baginda nabi Muhammad SAW serta keluarga,sahabat dan ahlil baitnya,semoga kita bersama di dalam barisan beliau dan Allah limpahkan kurnia keberkatan dan kesihatan buat Tuan Habib Munzir yang saya kasihi serta keluarganya serta teman-teman MR sekalian.
Habib saya ingin mohon pertanyaan daripada habib, bolehkah masalah tidur berdengkur (wisel) yang keterlaluan di dalam tidur hingga boleh menggangu orang lain, di ubati mengikut kaedah islam kalau boleh bagaimana ya Habib
Keduanya Habib masaalah penyakit Resdung (hidung dan mata gatal atau berair), adakah rawatannya ada mengikut cara islam, kalau ada mohon Izin ya Habib untuk mengamalkan keduanya.
Mohon maaf kiranya terdapat kesilapan atau kesalahan tutur kata di dalam soalan ini,mahu pun menyukarkan Habib.Terima Kasih
Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.