Assalamu\’alaikum wbt ya habib.
Semoga habib berada dalam keadaan sihat walafiat dan di bawah naungan Illahi.
Saya ada beberapa soalan yang ingin diajukan :
1) Imam Ahmad menegaskan al-Quran bukanlah makhluk Allah, tapi kalam Allah. Tetapi bagaimana pula dengan satu riwayat yang mengatakan Surah Al-Mulk akan menjadi syafa\’at bagi sesiapa yang selalu membacanya. Sehingga ayat itu sendiri pergi berjumpa kepada Allah dengan mengatakan \"\’Ya Allah ! jikalau aku ini berada didalam kitabMu, maka terimalah syaf\’atku, jika tidak hilangkan lah sahaja daku ini daripada KitabMu ! \". Ini menunjukkan sifat satu makhluk kerana berjumpa Allah dan meminta permohonan untuk memohon syafa\’atNya. Saya keliru dengan masalah ini kerana ia menunjukkan seperti ayat al-Mulk itu adalah makhluk.
2) Adakah benar ada riwayat yang mengatakan hari-hari yang disunnahkan memotong kuku dan hari yang makhruh memotong kuku? Contohnya yang pernah saya dengar, sesiapa memotong kuku pada hari Selasa, akan mewarisi sifat papa kemiskinan? Benarkah ya habib?
Sekian soalan saya. Saya minta maaf andai soalan saya ini punyai kekasaran bahasa atau ada informasi yang salah.
Terima kasih ya habib.
Wassalamu\’alaikum…