Home › Forums › Forum Masalah Umum › Salam Ceria buat Habib
- This topic has 1 reply, 2 voices, and was last updated 15 years, 5 months ago by Munzir Almusawa.
-
AuthorPosts
-
April 30, 2009 at 8:04 pm #148849592MOHD ANAN MOKHTARParticipant
Assalamualaikum dan salm ceria buat Habib,
Saya doakan agar Habib berada dalam keadaan yang sihat selalu dan senantiasa diberkati oleh ALLAH.
Saya ingin mohon pandangan serta nasihat daripada Habib berkenaan beberapa perkara, saya berharap agar apa kekeliruan dan pendapat Habib bisa membantu dengan izin ALLAH.
1. Apakah hukumnya seorang anak kurang hormat dengan ibunya apabila si Ibu kurang hormat pada suaminya? Umum mengetahui sorga di bawah telapak kaki ibu, manakala sorga isteri adalah di telapak kaki suami. Apkah hukumnya Bib?adakah salah si anak apabila mengingkari kata ibunya kerana si Ibu mengingkari kata suaminya?
2. Saya baru-baru ini berhenti kerja kerana merasakan gaji saya kurang berkat, salah satu sebabnya adalah kerja kumpulan majikan saya dapati terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sehat . Saya telah mendapat kerja baru dengan gaji yang lebih baik. Saya ingin bertanya bagaimana saya ingin mendapat berkat dalam rezeki saya, setiap bulan saya ada memberi kedua orang tua saya wang belanja. Untuk makluman Habib kerja saya baru ini adalah kontrak untuk selama setahun sahaja, saya serahkan kepada Allah untuk memelihara saya selepas setahun, adakah amalan tambahan yang Habib syorkan untuk saya?
3. Saya ada perancangan ingin menjalankan perniagaan, apakah nasihat Habib untuk saya sebelum berniaga? Apakah amalan-amalan para sahabat seperti Abdul Rahman B Auf dalam menjalankan perniagaan mereka sehingga berjaya? Nasihat Habib amat saya hargai.
4. Saya ingin memohon doa dengan Habib, saya sudah bertunang dan ingin berkahwin secepat yang boleh. Umur saya susah mencecah 30 tahun dan pasangan saya 27 tahun. Masalahnya baru-baru ini saya ditimpa masalah kewangan dan hampir kesemua simpanan saya digunakan. Saya mohon doa Habib agar jodoh saya dipermudahkan dan dipercepatkan serta dicukupkan segala keperluan tanpa sebarang pertelingkahan.
5. Baru-baru ini saya di timpa pelbagai masalah, saya anggap masalah yang kunjung itu adalah sebagai ujian hidup dan dugaan daripada Allah. Saya mohon nasihat Habib apakah cara terbaik bagi menenangkan jiwa selain daripada berdzikir dan solat?
Mohon maaf Habib sekiranya soalan dan permintaan saya ini menyusahkan Habib, saya sememangnya memerlukan nasihat serta pandangan yang mulia Habib. Ada apa-apa nasihat tambahan sila nasihatkan saya Bib, saya hanya insan biasa yang selalu alpa dan leka.Terima Kasih Bib, mudah2an ALLAH pelihara Habib sekeluarga
May 1, 2009 at 12:05 am #148849611Munzir AlmusawaParticipantAlaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
Kesejukan kasih sayang Nya semoga selalu menerangi hari hari anda dg kebahagiaan,
Saudaraku yg kumuliakan,
terimakasih atas doanya, semoga keberkahan dan keluasan segera berlimpah pada hari hari anda, dan dimuliakan dunia dan akhirat.1. kita tetap diperintahkan Allah swt untuk bakti pada ibu, lepas dari segala kesalahannya pada suaminya atau orang lain, hal itu adalah urusan ia dengan Allah, namun sebaiknya kita menasihati ibunda dg lembut tanpa harus ia menuruti nasihat anaknya atau tidak, karena itu adalah bentuk bakti kita pada ibunda kita.
2. saya sarankan anda membaca dzikir Subhanallahi wabihamdih, bacalah 100X setiap pagi dalam keadaan suci, dzikir ini disarankan oleh Nabi saw sebagaimana sabda beliau saew : Barangsiapa membaca Subhanallahi wabihamdih 100X setiap harinya maka berjatuhan dosa dosanya walau sebanyak buih dilautan (Shahih Bukhari)
dan sabda Rasulullah saw : \"Kalimat yg paling dicintai Allah adalah Subhanallahi wabihamdih\" (Shahih Muslim)
dzikir ini mencerahkan wajah, menenangkan hati, menyejukkan jiwa, dan membuka banyak kemudahan,
kenapa?
karena kita menyukai dan mencintai dan mengamalkan ucapan yg dicintai Allah, maka Allah akan memberi apa apa yg kita senangi dan sukai, yaitu kecerahan wajah, kemudahan hidup, dan ketenangan hati
3. tidak teriwayatkan bagaimana amal amal mereka hingga mendapat keberuntungan dan kemakmuran, maka bolehlah kita berdoa pada Allah minta keberkahan dan keluasan yg pernah Allah berikan pada mereka.
4. tangan penuh dosa ini berharap keridhoan Nya swt dengan membantu bermunajat kepada Mu wahai Rabb pemilik jiwaku dan jiwa Muhammad saw, agar Engkau kabulkan harapan saudaraku ini, hingga ia bahagia dan gembira dengan segenap pengabulan atas hajatnya, dan ia memuji syukur kepada Mu Rabbiy, salahkah bila aku berharap hamba Mu bersyukur dan memuji Mu Rabb..
maka kabulkanlah munajat hamba Mu ini, jadikan ia bersyukur dan menyaksikan kedermawanan Mu Rabbiy.., Demi Sayyidina Muhammad Nabiy pembawa Rahmat .., amiin.
5. musibah adalah penghapusan dosa, maka perbanyaklah istighfar dan dzikir subhanallahi wabihamdih, karena ia menghapus dosa, mempermudah segala kesulitan dan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,
Wallahu a\’lam
-
AuthorPosts
- The forum ‘Forum Masalah Umum’ is closed to new topics and replies.