Home › Forums › Forum Masalah Umum › Salam kasih sayang untuk habib munzir
- This topic has 3 replies, 2 voices, and was last updated 14 years, 10 months ago by Munzir Almusawa.
-
AuthorPosts
-
February 21, 2010 at 8:02 am #181834550
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
salam kasih sayang untuk habib munzir.. semoga keredhaan Allah sentiasa menaungi habib.
Hbb,tempoh hari saya telah diberi ijazah untuk mengamalkan zikir dari habib melalui website ini. Saya terima ijazahnya hbb. terima kasih atas ijazah nya hbb.Maafkan saya hbb. Saya ada beberapa persoalan untuk hbb. Maaf jika persoalan ini terlalu banyak dan merumitkan. Maaf ya hbb.
1)Berkenaan dengan satu ajaran dari indonesia dan kini mula bertapak di malaysia hbb. Ajarannya ialah Jalan Bapak Bagindo Mochtar.. benar atau salah ajaran ini habib. Zikirnya 2 kalimah shyahadah.. Ajaran untuk mengenal diri dan tuhan.
2)Bolehkah kita mengunakan perantara jin dalam ilmu perubatan hbb? Saudara saya, mengaku menggunakan perantara yang dikatakan nya sebagai wali Allah. Apa benar ada wali dari keturunan jin hbb? Tetapi dari segi tauhid, dia mengaku semuanya terjadi atas kuasa Allah.
3)Saya berjumpa dengan seorang hamba Allah. Hamba Allah ini mempelajari kitab Kasyaful asrar dan Durun Nafis. Juga terlibat dalam ilmu kerohanian. Tetapi mengaku mempunyai khadam. Adakah khadam itu adalah jin, hbb? Adakah benar ajarannya itu hbb?
4)Apakah amalan dan doa yang boleh membuatkan seseorang menjadi lembut hati hbb? Anak saudara saya kadang kala agak susah mendengar kata. Umurnya baru 4 tahun. Bagaimana hbb?
5)Akhir sekali, saya memohan izin dari hbb. Bolehkah hbb ijazahkan saya dengan ijazah sanad keguruan hbb? Kerana saya yang jahil ilmu ini sering ke website hhb untuk menambah ilmu…
Saya mohon jutaan maaf dari habib kerana terlalu banyak persoalan dan permohonan yang ditanyakan. Maaf ya hbb.
Terima kasih hbb.Semoga habib sentiasa dalam kebahagiaan. Semoga Allah sentiasa bersama hbb.Salam kasih sayang.
February 23, 2010 at 3:02 am #181834557Munzir AlmusawaParticipantAlaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan,
1. saya belum pernah mendengar ajaran itu, namun selama berbeda dan memisahkan diri dari ulama dan guru guru kyai, maka lebih baik dihindari.2. berteman dg Jin dan dibantu oleh jin boleh saja, yg dilarang adalah memperbudaknya, atau menyembahnya. mengenai jin menjadi wali Allah hal itu tidak mustahil, namun jauh sekali lebih mulia wali Allah dari bangsa manusia, sebagai khalifah (pemimpin) di dunia.
3. kitab kitab itu adalah kitab doa, bukan kitab yg mengandung jin, dan hakikatnya hal itu bukan hal yg layak dipanut, mengenai Khadam, maka bisa berarti Jin pembantu, atau memperbudak jin. jika tidak diperbudak maka boleh saja dibantu atau membantu jin selama jin itu muslim, karena iapun ummat Muhammad saw.
4. bacakan padanya dzikir subhanallahi wabihamdih 100x di ubun2nya, atau dibacakan di air lalu basahkan pada ubun ubunnya, (ubun ubun adalah bagian atas kepala yaitu rambut.
5. saya Ijazahkan pada anda sanad keguruan saya yg bersambung rantai sanadnya kepada guru saya, terus demikian hingga Rasul saw, ia merupakan rantai yg tak bisa diputus, jika bergerak satu rantai maka bergerak seluruh mata rantai sampai keujungnya, yaitu Rasulullah saw.
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,
Wallahu a\’lam
March 9, 2010 at 3:03 pm #181834595Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Semoga guruku, Habib Munzir sentiasa berada dalam kebahagiaan dan kemuliaan di dalam bulan yang mulia ini, bulan kelahiran Rasulullah saw.
Maaf hb sekiranya saya sering mengganggu urusan dan tugasan hb. Namun apa yang nyata, saya rasa tenang dan sejuk sekali dengan nikmatNya bila berkunjung ke website hb ini terutama sekali bila memandang wajah hb di website majelis rasulullah ini.
Sudah beberapa kali saya ingin membuat pertanyaan dan balas email hbb tetapi seringkali terlepas kerana kehabisan kuota. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga untuk bertanya. Indah sungguh takdirNya..1)Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas ijazah sanad keguruan yang hbb ijazahkan kepada saya. Semoga dengan ijazah ini, hati dan jiwa saya sentiasa dapat berhubung dan berpaut dengan hb, hb Umar dan imam-imam serta wali-wali Allah seterusnya sampai kepada Rasulullah saw.Amin..
2)Saya ada beberapa pertanyaan untuk hb. Harap hb sudi membantu. Hb, adakah ruh orang yang sudah meninggal dunia boleh hadir dalam mimpi orang yang masih hidup? Contohnya seperti ruh orang-orang yang disayangi dan ruh orang soleh, seperti ruh ahli keluarga dan ruh imam-imam dan wali Allah. Kerana saya ada mendengar beberapa pendapat yang mengatakan itu semua hanyalah mainan tidur dan tipu daya syaitan yang ingin menyesatkan. Bagaimana hb?
3)Apakah fadhilat membaca hizb an nashr Imam Abdullah Bin Alwi Al Haddad? Dan bagaimana adab dan tatacara membacanya hb? Sebelum ini saya pernah diijazahkan oleh hb dengan ijazah seluruh zikir dan doa. Adakah saya perlu memohon ijazah sekali lagi daripada hb sekiranya mahu mengamalkan hizb an nashr ini?
4)Hb, apakah fadhilat membaca selawat badr? Dan adakah Rasulullah saw boleh mendengar setiap selawat dan salam yang diucapkan oleh umatnya? Saya ada membaca satu tulisan daripada seorang syeikh. Di dalam tulisannya, beliau menyebut bahawa Rasulullah saw mendengar dan akan membalas setiap selawat dan salam yang diucapkan ke atasnya kerana Rasulullah saw wafat di dunia tetapi hidup sempurna di alam barzakh. Oleh kerana itu, Rasulullah saw boleh mendengar dan tahu siapa yang berselawat ke atasnya. Bagaimana pendapat hb tentang perkara ini?
5)Hb, saya mohon izin untuk diijazahkan dengan ijazah sanad mahabah dari hb.
6) Saya seorang pelajar di sebuah universiti dan kini berada di tahun akhir pengajian dan berharap dapat berdepan dengan segala dugaan dalam hidup. Hb, sekiranya saya mempunyai hajat dan keperluan yang mendesak, contohnya saya berharap untuk lulus dalam perperiksaan dengan cemerlang, apakah doa/hizb/wirid yang sesuai yang boleh diamalkan oleh saya hb?.Kalau boleh, saya mohon hb ijazahkan kpd saya amalannya.
7)Akhir sekali, saya ingin mohon maaf dari hb kerana belum pernah minta izin dari hb untuk mengamalkan ilmu dan amalan yang ada dalam web majelis rasulullah ini. Rasa bersalah pula pada hb. Saya mohon maaf dari hb sekiranya saya dilihat seperti orang yang kurang beradab dalam mempelajari sesuatu ilmu dari gurunya. Maaf ya hhb. Sekali lagi saya memohon dari hb, izinkan saya untuk mengamalkan seluruh ilmu dan amalan yang ada dalam website majelis rasulullah ini hb. Izinkan saya hb..
Sekian saja dari saya hb. Mohon maaf jika terlalu byk persoalan dan permintaan yang ditanyakan. Maaf juga hb, sekiranya saya dilihat kurang sopan dalam bertanya. Saya hanyalah insan lemah dan penuh dosa yang sangat memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan dari hb. Maaf ya hb.. Semoga hb sentiasa berada dalam kemuliaan Allah swt dan semoga hb terus sukses dalam mengajarkan dakwah di seluruh dunia. Amin..
Terima kasih habib..
March 9, 2010 at 9:03 pm #181834612Munzir AlmusawaParticipantAlaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan,
terimakasih atas doanya, saya hanya hamba pendosa yg berharap pengampunan Allah dari doa anda dan jamaah.1. banyak teriwayatkan pada hadits shahih dan riwayat yg kuat akan hal itu, dan saya sebutkan saja salah satunya : Rasul saw bersabda : Mimpi baik adalah dari Allah, dan mimpi buruk adalah dari syaitan (Shahih Bukhari) maka jika kita bermimpi orang shalih, yg masih hidup atau yg telah wafat, atau teman, keluarga dan lainnya, selama mimpi itu tidak mengajak dan memerintah pada dosa, maka itu mimpi baik, dan Rasul saw sudah jelaskan bahwa mimpi baik adalah dari Allah, dan Allah tidak berdusta, maka mimpi itu benar adanya.
2. hizb nashr secara umum adalah doa untuk dilindungi dari semua musuh, dari kalangan jin, syaitan, manusia dan hewan, dan doa agar semua yg benci dan memusuh pada kita, padam kebenciannya pada kita, boleh dibaca kapan saja, baiknya selepas dhuhur, telah saya ijazahkan pada anda akan hizb tsb sebagaimana ijazah diatas yg sudah mencakup seluruh doa.
3. betul saudaraku, hal itu teriwayatkan pada riwayat shahih bahwa Rasul saw mendengar dan menjawab shalawat dan salam kita pada beliau saw setelah beliau wafat
4. saya Ijazahkan pada anda sanad Mahabbah, semoga kita dalam rantai guru guru yg dicintai oleh Rasul saw, amin
5. saya sarankan anda membaca dzikir Subhanallahi wabihamdih, bacalah 100X setiap pagi dalam keadaan suci, dzikir ini disarankan oleh Nabi saw sebagaimana sabda beliau saew : Barangsiapa membaca Subhanallahi wabihamdih 100X setiap harinya maka berjatuhan dosa dosanya walau sebanyak buih dilautan (Shahih Bukhari)
dan sabda Rasulullah saw : \"Kalimat yg paling dicintai Allah adalah Subhanallahi wabihamdih\" (Shahih Muslim)
dzikir ini mencerahkan wajah, menenangkan hati, menyejukkan jiwa, dan membuka banyak kemudahan,
kenapa?
karena kita menyukai dan mencintai dan mengamalkan ucapan yg dicintai Allah, maka Allah akan memberi apa apa yg kita senangi dan sukai, yaitu kecerahan wajah, kemudahan hidup, dan ketenangan hati
6. saya izinkan untuk anda dan untuk semua pembaca web ini dan yg mau menyebarkannya.
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,
salam rindu
-
AuthorPosts
- The forum ‘Forum Masalah Umum’ is closed to new topics and replies.