Solat Jama\’ & Solat ketika azan…
Home › Forums › Forum Masalah Umum › Solat Jama\’ & Solat ketika azan…
- This topic has 1 reply, 2 voices, and was last updated 12 years, 2 months ago by Munzir Almusawa.
-
AuthorPosts
-
December 26, 2008 at 9:12 am #138243032Mohd Firdhaus Bin OmarParticipant
Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Habib yang saya rindui apa khabar? Semoga Allah swt memberi kesihatan dan barakah kepada habibana dan sekeluarga dalam meneruskan kerja-kerja daie.. amin.
Saya memohon maaf kerana saya yang faqir ini sering kali menanyakan soalan kepada habib. Harap habibana merestui saya dan memberi bimbingan kepada saya dan jemaah yang lain dalam mencari hidayah dan innayah Allah Subhanahu wata\’ala…
1) Habibana, seandainya saya dalam musafir untuk balik ke rumah saya sendiri. Saya dijangka sampai ke rumah saya dalam waktu Zuhur sebelum masuk waktu Asar. Bolehkah saya sebelum masuk ke wilayah saya, saya menjamak solat Zuhur dan Asar sekali padahal saya akan sampai di rumah saya dalam waktu Zuhur? Atau saya tak boleh jamak solat Asar kerana saya sudah sampai ke rumah sebelum waktu Asar?
2) Bolehkah saya terus solat fardhu walau azan belum habis dikumandangkan kerana ingin mengejar waktu? Atau saya perlu tunggu azan habis kemudian baru saya boleh solat?
Sekian saja dahulu soalan saya. Terima kasih kepada habib kerana tidak jemu2 menjawab soalan2 kami yang dahagakan ilmu dan mengharapkan hidayah Allah. Allah sahaja yang dapat membalas jasa habibana.
Wassalamu\’alaikum…
December 26, 2008 at 4:12 pm #138243045Munzir AlmusawaParticipantAlaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
Rahmat dan Kebahagiaan Nya semoga selalu menerangi hari hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan,
1. boleh, jika anda masih dalam safar dan diluar batas kota anda, anda boleh mentaqdim diwaktu dhuhur walau anda sudah perkirakan akan sampai dirumah sebelum adzan asar.2. saat adzan berkumandang menandakan sudah masuknya waktu, dan sudah boleh shalat fardhu tanpa harus menanti adzan selesai, namun sebaiknya jika anda di masjid maka hadirlah jamaah di masjid sebagaimana shalatnya setelah sempurna adzan dan iqamat
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,
Wallahu a\’lam
-
AuthorPosts
- The forum ‘Forum Masalah Umum’ is closed to new topics and replies.