Home › Forums › Forum Masalah Fiqih › Surah Amalan dll
- This topic has 1 reply, 2 voices, and was last updated 13 years, 8 months ago by Munzir Almusawa.
-
AuthorPosts
-
July 3, 2011 at 7:07 pm #195017830Andi Najimin YakinMember
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Semoga Yang Mulia Habib serta keluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t dan diberikan kesihatan yang baik zahir & batin dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendakwa.
1. Mohon kesudian Yang Mulia memberikan surah Al Quran sebagai amalan mengikut waktu ( waktu Subuh, Asar, Maghrib dsb ).
2. Jika tidak keberatan, diharap ada maklumat tambahan ( contohnya fadilat & masa yang afdal dibaca ) bagi doa / zikir / salawat / surah yang dimasukkan dalam ”Arsip File”. Ini adalah untuk memudahkan para pembaca mengetahuinya dan seterusnya mengamalkannya. Perlukah kami mendapatkan ijazah semula jika hendak mengamalkannya walaupun telah menerima ijazah lengkap ( melalui forum ini ) daripada Yang Mulia Habib ?
3. Mohon pengesahan jika kita menambah atau mengurangkan bilangan pengiraan sesuatu zikir yang dibaca kerana kesuntukan waktu atau kelebihan waktu. Contohyan zikir yang seharusnya dibaca sebanyak 100x, tetapi ianya telah dikurangi ataupun dilebihi 100x ?
4. Jika kita terlewat bangun solat Subuh iaitu terbangun ketika waktu syuruk. Perlukah kita terus mengqadhakan solat Subuh tersebut ketika itu ataupun tunggu dulu sehingga masuk waktu isyraq? Jika mengikut pengiraan jam, berapa lamakah jarak masa diantara waktu subuh dan waktu solat isyraq ?
5. Mohon pengesahan apakah hukumnya jika kita melakukan solat Zohor ketika azan Zohor masih dilaungkan ( berkumandang ) dan melakukan solat Zuhur ketika azan Asar sedang dilaungkan ?
6. Apakah hukumnya jika semasa musafir, kita melengahkan waktu solat dan melakukan solat jamak qasar ketika waktu asar ( sebenarnya boleh dilakukan ketika waktu zuhur ).
7. Mohon pengesahan Yang Mulia bolehkah dan bagaimana caranya jika kita hendak padukan sunat witir ( 2 + 1 ) dengan qadha fardhu maghrib ( 3 ), jika boleh, satu salam sajakah seperti solat maghrib ?
8. Mohon pengesahan Yang Mulia, apakah sebenarnya ya….jika dalam keadaan sedar dan jaga kita tercium bau wangi yang amat segar ( kita sedia maklum wangian tersebut bukannya dari bahan bahan yang sediaada di persekitaran kita ) ?
Terima kasih dan Maaf Zahir Batin
July 6, 2011 at 5:07 pm #195017838Munzir AlmusawaParticipantAlaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan,
1. surat Yaasiin disunnahkan dibaca selepas subuh, karena diantara faedahnya akan menyingkirkan semua yg tidak kita inginkan djhari itu, mengabulkan hajat dll, lalu surat Tabarak, yg membacanya dipagi hari jika ia wafat dihari itu ia aman dari siksa kubursurat waqiah disunnahkan dibaca setelah asar, maka Allah menjaminnya jauhnya dari kemiskinan, seorang sahabat ketika wafat menghadiahkan semua hartanya, maka para temannya bertanya, bagaimana keluargamu kelak hidup tanpa harta?, ia menjwab, sudah kuwariskan pada mereka surat waqiah setiap harinya, dan Rasul saw bersabbda yg membacanya setiap hari tak akan terkena kegakiran.
surat setelah magrib adalah bacaan Alqur\’an yg mana saja, demikian diajarkan guru guru kita, ia masa untuk mengaji alqur\’an
surat tabarak setelah isya, maka jika ia wafat dimalam itu ia tejaga dari siksa kubur, juga 3 ayat terakhir surat al baqarah, Rasul saw bersabda yg membacanya dimalam hari maka ia telah dicukupi dari segalanya, juga surat al a\’la, Rasul saw mengamalkannya setiap malam, juga surat al ikhkas 3x, alfalaq 3x dan annas 3x dan surat ayat kursi sebelum tidur, jika ia wafat malam itu ia terjaga dari neraka dan masuk sorga, dan ia dijaga dari syetan dan musibah dimalam itu.
2. insya ALLAH dan jika anda sudah mendapatklan ijazah umum maka tak perlu ijazah lagi.
3. bo;leh saudaraku
4. qadha shalat fardhu, seperti subuh, isya dll tak dilarang sebelum wkt isyraq, kecuali rawatib dan sunnah lainnya, dan isytaq dinegeri kita sekitar 1.45 menit setelaah adzan subuh
5. sah shalatnya, namun kalau shalat dhuhur saat adzah asar maka dhuhurnya menjadi qadha, berdosa jika sengaja menunda, dan tidak berdosa jika tidak teringat/lupa atau disibukkan hal ukhrawi seperti menerima tamu dll hingga terlewat waktu.6. boleh saudaraku
7. ikhtilaf ulama apakah witir boleh dipadu dg qadha shalat fardhu, namun saya mengambil pendapat yg membolehkasn, maka witirnya 3 rakaat namun pada rakaat kedua memakai tahiyat awal seperti sahalt magrib
8. hal itu bisa ruh shalihin atau malaikat aau dari amal kita yg luhur.
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,
Wallahu a\’lam
-
AuthorPosts
- The forum ‘Forum Masalah Fiqih’ is closed to new topics and replies.