Home › Forums › Forum Masalah Umum › Takbir raya, amal ilmu…..
- This topic has 1 reply, 2 voices, and was last updated 15 years, 9 months ago by Munzir Almusawa.
-
AuthorPosts
-
December 16, 2008 at 2:12 pm #136203733Mohd Firdhaus Bin OmarParticipant
Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakahtuh…
Salam rindu saya pada habib yang saya kasihi dan cintai. Semoga Allah sentiasa menerangi habib sekeluarga dengan cahaya kasih sayangNya… amin
Habib, saya yang faqir ini ada sedikit keraguan untuk ditanya pada habib..
1) Pada subuh 9 dzulhijjah, ada beberapa masjid dan surau telah mengkumandangkan takbir raya setelah solat subuh di tempat saya. Setahu saya, takbir raya hanya boleh dikumandangkan pada 10 dzulhijjah (1 hari raya) hingga 13 dzulhijjah (4 hari raya). Adakah takbir memang boleh dilafazkan sebelum hari raya seperti yang apa yang terjadi di tempat saya?
2) Habib, saya sangat minat untuk belajar ilmu Allah. Saya sangat cintakan ilmu. Saya pergi ke kelas-kelas agama dengan berharap saya dapat mendekatkan diri saya kepada Allah. Yang merisaukan saya adalah saya tidak dapat mengamalkan semua ilmu yang telah saya pelajari. Seandainya saya mengamalkan pun, kadang-kala saya tak dapat istiqamahkan amalan itu atau terlanggar apa yang saya pelajari. Saya takut di hadapan Allah nanti saya akan dipertanggungjawabkan segala ilmu yang saya pelajari kerana saya tak dapat mengamalkan semuanya. Ia membuatkan saya takut untuk menuntut ilmu lagi kerana takut saya tidak dapat mengamalnya. Bagaimana keadaan saya habib? Adakah saya masih belum sedia untuk menuntut ilmu? Atau saya tak perlu mengamalkan semua ilmu itu? Bagaimana saya dapat mengamalkan semua yang saya pelajari dan istiqamahkannya? Harap habib dapat doakan saya supaya saya dapat mengamalkan apa yang saya pelajari dan istiqamah dengannya.
3) Saya dapat info bahawa Habib Umar akan turun ke jakarta dalam bulan january nanti. Adakah habib ada terdengar bahawa habib Umar akan turun ke Malaysia juga sebelum atau selepas Habib Umar datang ke Jakarta? Rindu rasanya untuk melihat habibana dan Habib Umar turun sekali ke masjid al-falah, USJ Malaysia seperti tahun lalu…
Sekian soalan saya yang sering mengganggu atau menyusahkan habib dari saya yang faqir dan yang penuh dosa ini.
Wassalamu\’alaikum…
December 18, 2008 at 5:12 pm #136203767Munzir AlmusawaParticipantAlaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
Anugerah dan Cahaya Rahmat Nya semoga selalu menerangi hari hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan,
1. takbir idul adha adalah mulai terbenamnya matahari Arafah (9 dzulhijjah) sampai terbenamnya matahari 10 dzulhijjah, setelah itu masih disunnahkan takbir hanya pada setiap habis shalat fardhu dan sunah, berlanjut hingga asar hari 13 dzulhijjah.maka jika pagi arafah mereka sudah takbir maka mereka salah faham.
2. mengenai ilmu, pelajarilah kesemuanya, dan mengenai mengamalkannya Allah tidak paksakan lebih dari yg kita mampu.
dan yg wajib kita amalkan bukan semua ilmu kita, tapi yg wajib kita amalkan adalah hal hal yg wajib, dan yg sunnah maka sunnah.
3. Guru Mulia kita Insya Allah tiba 8 Januari 09, dan meninggalkan jakarta 15 Januari 09, dan beliau akan datang pula pada Rabiutsani (sekitar April 09) ke indonesia dan kemudian ke Malaysia.
Demikian saudaraku yg kumuliakan, salam rindu tuk jamaah disana…,
semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,
Wallahu a\’lam
-
AuthorPosts
- The forum ‘Forum Masalah Umum’ is closed to new topics and replies.