Forum Replies Created

Viewing 8 posts - 1 through 8 (of 8 total)
  • Author
    Posts
  • in reply to: Mohon ijazah ratib,salawat dan zikir #186798923
    Arshad
    Member

    Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Semoga ALLAH memelihara Habib Munzir alMunsawa dan keluarga serta seluruh keturunan junjungan mulia Rasulullah.

    Ya Habibana Ya Sayyidi,
    1) Doa\’kan saya dan isteri saya agar selalu dalam rahmat dan keampunan Allah SWT dan sentiasa bahagia dunia dan akhirat. Bagaimana boleh saya bertemu Rasulullah SAW dalam mimpi..ajarkanlah saya caranya…
    Jika Habibana berjumpa Rasulullah, sampaikanlah salam saya(Arshad) pada Baginda SAW.

    2)Ya Sayyidi, Saya ingin memohon ijazah pengubatan ruqyah daripada habibana…mohon diijazahkan dan mohon sanad perubatan ruqyah daripada Habib Umar.

    3) Apakah khasiat minyak Habbatus Sauda\’ dan bagaimana cara menggunakannya
    bagi penyakit kencing manis dan darah tinggi?

    4) Apakah fadhilah ayat Salamun Qaulan min rabbir rahim dan bagaimana cara mengamalkannya…Harap Habibana dapat mengajarkan saya…

    5)Mohon diijazahkan Hizib Bahr dan Hizib an-Nawani dan sanadnya bersambung sehingga Imamnya.. Ya Sayyi

    in reply to: Masalah tiada zuriat #187285287
    Arshad
    Member

    Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
    Cahaya Keindahan Allah semoga selalu menyinari hari-hari Habib..ameen. Ya Allah.

    1)Syukran Jazilan …terima kasih atas nasihat dan Ijazah Habib. Insya Allah saya akan cuba mengamalkannya.

    2)Dalam kitab Majmu Syarif ada disebutkan tentang Doa Haikal pertama hingga ketujuh? apakah itu doa haikal dan apakah manfaatnya?

    3)Apakah itu Doa Nurun Nubbuwwah dan doa akasah?

    4)Bagaimana mengatasi penyakit gastrik iaitu masalah perut kembung dan angin berlebihan di perut?

    Sekian.

    in reply to: Masalah tiada zuriat #187285267
    Arshad
    Member

    Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
    Cahaya Keindahan Allah semoga selalu menyinari hari-hari Habib..ameen. Ya Allah.

    Habibana yg saya cintai,mohon doa dan nasihat :
    1) Saya mempunyai masalah lemah tenaga batin dan lemah dalam melakukan hubungan seksual dengan isteri. Tolong ajarkan saya kepada saya doa\’ untuk kekuatan tenaga batin.
    2) Doa kan saya agar diberi kekuatan dalam melakukan persetubuhan.

    Maaf atas pertanyaan ini.

    in reply to: Mohon ijazah ratib,salawat dan zikir #186798349
    Arshad
    Member

    Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Semoga ALLAH memelihara Habib Munzir alMunsawa, diberikan kesihatan yang baik dan keluarga serta seluruh keturunan junjungan mulia Rasulullah SAW.
    Cahaya Keindahan Allah semoga selalu menyinari hari-hari Habib..ameen. Ya Allah.

    Habibana yg saya cintai,mohon pnjelasan akan hal2 berikut :

    1)Apakah hukum mempelajari rawatan islam secara ruqyah? Saya ingin mengetahui adakah betul rawatan menggunakan ayat-ayat Ruqyah itu adalah daripada pengajian oleh ulama\’ wahabi dan bagaimana pendapat Habib tentang Syaikh Abdul Wahid Salim Bali di Tanta,Mesir yang terkenal dengan perawat Islam yang kitab karangannya banyak di pasaran sekarang berkenaan rawatan islam.

    2)Saya ingin nasihat daripada Habib. Tolong nasihatkan saya mengenai perhubungan dengan adik beradik yang telah berkahwin dan perhubungan dengan kakak ipar. Sehingga sekarang kakak ipar saya selalu mencari alasan untuk tidak berbaik dengan saya dan isteri saya dan mengajak suaminya(iaitu abang saya) untuk jauh diri daripada saya, mohon pendapat Habib apa yang perlu saya lakukan.. dan buat makluman Habib, abang dan kakak ipar saya duduk serumah dengan ibu bapa saya.jadi apabila setiap kali saya dan isteri saya mengunjungi rumah ibu bapa saya, kakak ipar dan abang saya akan duduk dalam bilik. Mereka tidak akan keluar meraikan kedatangan saya. Hal ini membuatkan saya kurang selesa dan terasa seolah2 tidak disukai. Saya telah cuba berbaik-baik dengan mereka tetapi seringkali tiada respon. Mohon Habib nasihat serta doakan saya dan isteri saya diberi kekuatan untuk berbaik-baik dengan abang dan kakak ipar saya.

    3) Apakah boleh saya mengamalkan doa\’ Nabi Khidir a.s Adakah ijazah Habib selama ini merangkumi doa\’ Nabi Khidir dan apakah manfaatnya. Bagaimana caranya? apakah kaifiatnya?

    4) Bagaimana Kaifiatnya meminum air zam zam? apakah perlu berdiri? apakah doa\’ yang perlu dibaca ketika minum?

    Maafkan saya atas persoalan yang banyak ini, Sesungguhnya saya amat lemah dan tak berdaya. Wahai guruku tercinta doakan muridmu yang tak berdaya ini…

    Wassalam.

    in reply to: Mohon ijazah ratib,salawat dan zikir #186798269
    Arshad
    Member

    Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Semuga Cahaya Keindahan Allah semoga selalu menyinari hari-hari Habib dan Jama\’ah majelis Rasulullah saw khususnya, amin.

    Terima kasih atas segala ijazah dan doa Habib untuk saya.

    Habibana yg sy cintai,mohon pnjelasan akan hal2 berikut :
    1) Saya ada terbaca tentang bismillah Lima, bismillah Enam,bismillah Tujuh, dll. Dan diterangkan oleh seorang Ustaz bahawa kesemua bismillah ini digunakan untuk tujuan rawatan penyakit yang sukar diubati, bisa, racun,santau, mengelakkan sihir dll. Dan juga dinyatakan oleh beliau bahawa ianya mempunyai kesan sampingan secara kebetulan terutama apabila org yang mengamalkan ayat ini ketika berada di tempat pembuatan tapai dan ragi maka tabiat ragi tidak berfungsi dan tak menjadi. Apakah benar dakwaan ustaz tersebut? Apakah boleh diamalkan bismillah Lima, bismillah Enam,bismillah Tujuh, dll dan apakah faedahnya? Apakah asal usulnya dan adakah ianya daripada kitab-kitab muktabar? Apakah Habib boleh mengizajahkan kepada saya sekiranya ianya boleh diamalkan? Mohon Habib tampilkan ayat-ayatnya dalam web Majelis yang mulia ini.

    2)Apakah khasiat buah prunes? Adakah ianya ada dinyatakan dalam Alquran atau Hadith atau amalan Para Sahabat atau Ulama\’ muktabar?

    3)Saya mempunyai masalah kekurangan wang dan hutang. Saya mohon diajarkan Dua murah rezeki dan Dua supaya saya dapat melangsaikan semua hutang saya. Doakan saya Ya Habib.

    Terima kasih Ya Habib. Saya sungguh merindui Habib.
    wassalam.

    in reply to: mohon nasihat dan petunjuk doa\’ #187259524
    Arshad
    Member

    Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh .

    Semoga ALLAH memelihara Habib Munzir alMunsawa dan keluarga serta seluruh keturunan junjungan mulia Rasulullah SAW
    Habib yang dikasihi,
    Isteri saya menerima ijazah Ratib Al-Haddad daripada Tuan Habib Munzir dengan hati yang ikhlas.

    Mohon Doa Habib untuk kami sekeluarga agar aman dari gangguan jin, sihir dan syaitan.

    wassalam.

    in reply to: Mohon ijazah ratib,salawat dan zikir #186798227
    Arshad
    Member

    Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Semoga ALLAH memelihara Habib Munzir alMunsawa dan keluarga serta seluruh keturunan junjungan mulia Rasulullah SAW.

    1) Tuan Habib telah mencadangkan kepada saya agar saya membaca Ratib Al Attas disuatu rumah atau tempat supaya aman dari gangguan jin. Maka mohon Habib agar mengijazahkan kepada saya Ratib Al-Attas yang bersambungan sanadnya sehingga kepada Sohibul Ratib. Mohon disertakan sanad agar ada kesinambungan rahmat dan barakah.

    in reply to: Mohon ijazah ratib,salawat dan zikir #186798205
    Arshad
    Member

    Assalamu\’alaikum warahmatullahi wabarakatuh .

    Semoga ALLAH memelihara Habib Munzir alMunsawa dan keluarga serta seluruh keturunan junjungan mulia Rasulullah SAW

    1.Ya Habib yang saya kasihi , saya dengan merendah diri dan penghormatan kepada Habib menerima ijazah ratib Alhaddad , seluruh zikir Salafusshalih , semua doa Rijaalussanad dan semua doa dan dzikir dari seluruh para wali dan shalihin , munajat dan dzikir para Ahlusshiddiqiyyatul Kubra ,sanad Al-Quran Qiraah, Ijazah sempurna yg Habib Munzir terima dari Guru Mulia kita Al- Allamah Al- Musnid Alhabib Umar bin Hafidh.
    Jazakumullohu khoiron katsiron atas ijazah dan do\’a dari Habib.

    2.Ya Habib, Maka saya mohon izin agar kiranya diizinkan saya untuk memberikan ijazah ratib Alhaddad , seluruh zikir Salafusshalih , semua doa Rijaalussanad dan semua doa dan dzikir dari seluruh para wali dan shalihin , munajat dan dzikir para Ahlusshiddiqiyyatul Kubra ,sanad Al-Quran Qiraah yang Habib Munzir terima dari Guru Mulia kita Al- Allamah Al- Musnid Alhabib Umar bin Hafidh kepada isteri saya,Rahmah, adik beradik, kaum keluarga saya dan seluruh kaum muslimin dan muslimat umumnya yang memerlukan ijazah tersebut.

    3.Ya Habib, saya mohon diajar kepada saya cara-cara dan bacaan ayat-ayat AlQuran atau wirid yang perlu dibaca untuk mengusir kejahatan jin dan sihir yang cuba menguasai keluarga saya dan rumah saya sejak akhir-akhir ini.

    4. Mohon Habib doakan saya dan keluarga saya dapat berjumpa Rasulullah dalam mimpi.
    semoga Rahmat dan Redha Allah selalu menaungi Majelis yang mulia ini . Amin

Viewing 8 posts - 1 through 8 (of 8 total)